Wednesday, July 07, 2010

JADI AHLI BODLEIN LIBRARY


 Depan Radcliffe Camera, salah satu bangunan Bodlein Library

23 Jun 2010 - Ke Bodlein Library (Universiti Oxford) daftar jadi ahli. Terkejut diberi keahlian 4 tahun. Rupanya bekas pelajar Universiti Oxford diberi privillege begini. Alhamdulillah, boleh baca berjuta-juta buku di sini, kalau mampu. Bodlein Library adalah copyright library. Semua buku yang diterbit di United Kingdom ada di sini.

Sehari selepas itu, mula guna Bodlein, di Lower Reading Room. Suasana sama macam saya belajar di sini 20 tahun dulu: bilik dan perabut antik, agak haunted, terdapat orang-orang tua (barangkali pensyarah atau penyelidik), pelawat ramai berbondong-bondong. Sistem juga sama: buku kena order, sehari dua baru dapat, tidak boleh pinjam, kena baca dalam library itu. Cuma sekarang ada sistem internet. Boleh check buku melalui website yang sophisticated. Setengah artikel jurnal boleh didownload. Internet untuk ini bukan sahaja boleh guna di Bodlein, tetapi di mana-mana pun boleh.

Hari pertama saya ke Bodlein itu, ada seorang tua datang duduk di meja sebelah kiri saya. Mungkin pensyarah, mungkin penyelidik, mungkin pelajar. Dia buka laptop, baca buku dan gelak sorang-sorang. Lepas itu dia tulis sesuatu di laptop dia dengan penuh senyuman. Nampak puas sungguh dia dengan buku-buku dan laptop dia itu.
 
Alangkah indahnya jika semua warga ISDEV bila baca buku, buat penyelidikan dan menulis, buat dengan penuh rasa terhibur dan puas. Macamana nak wujudkan perasaan macam itu ya?

No comments: