Sunday, February 27, 2011

ASSESSMENT REPORT ON THE TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN BEST THESIS AWARD 2010

 LAPORAN PENILAIAN ANUGERAH TESIS TERBAIK TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN 2010

Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh
Pengerusi Panel Penilai Anugerah
merangkap
Pengarah, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia

Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur
7.45 malam, 21 Februari 2011


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الحـمـــد لله ربّ العـالـــمين ، وبه نســــتعين ،

والصّـلاة والسّـلام على أشـرف المرسـلين سـيّدنا محمّـد وعـلى آلــه وصــحبه أجمـعين ،
أمّـا بعـد .

السّــلام عليكــم ورحمة الله وبركــاته .


Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Pelajaran Malaysia, Merangkap Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen;

Yang Berhormat Tan Sri Abu Zahar Bin Dato’ Nika Ujang, Yang Dipertua Dewan Negara, Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen;

Yang Berbahagia Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Nurul Yaqeen;

Yang Berbahagia Profesor Dr Ahmad Shukri Bin Mustapa Kamal, Pemangku Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia;

Yang Berusaha Puan Nor Zanah Jamari, Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen, Merangkap Pengerusi Bersama Sekretariat Penganjur;

Pemimpin-Pemimpin Utama Universiti,
Ahli-Ahli Akademik,
Para Mahasiswa Prasiswazah Dan Pascasiswazah;
Wakil-Wakil Media;
Tan Sri-Tan Sri,  Dato’-Dato’, Datin-Datin,  Tuan-Tuan/, Puan-Puan Sekalian.

Alhamdulillah, sukacita saya laporkan, dengan izin Allah swt, Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin 2010 ini semakin bersemarak dengan beberapa perkembangan menarik, seperti berikut.

Pertama, bilangan pencalonan pada tahun 2010 meningkat tiga kali ganda dari bilangan pencalonan tahun 2009 yang lepas. Ahli Jawatankuasa Induk telah menerima sejumlah 38 pencalonan (24 tesis Doktor Falsafah dan 14 tesis Sarjana) pada tahun 2010 ini berbanding dengan hanya sejumlah 12 pencalonan (6 tesis Doktor Falsafah dan 6 tesis Sarjana) pada tahun 2009 yang lalu. Setelah disaring, 2 dari pencalonan tesis Doktor Falsafah tidak memenuhi syarat. Pencalonan yang layak dan telah dinilai bagi tahun 2010 ini oleh itu ialah sejumlah 36 pencalonan kesemuanya (22 tesis Doktor Falsafah dan 14 tesis Sarjana). Ianya tepat tiga kali ganda melebihi pencalonan tahun 2009.

Kedua, pencalonan bagi Anugerah 2010 ini bukan sahaja datang dari warga Malaysia yang mendapat Ijazah di universiti-universiti dalam negeri, tetapi juga dari universiti-universiti luarnegara seperti Australia dan United Kingdom. Pengetahuan tentang Anugerah ini ternyata telah merebak bukan sahaja ke seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, tetapi juga ke luar negara, terutamanya ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang terdapat pelajar-pelajar warga Malaysia.

Ketiga, pencalonan bagi Anugerah 2010 ini bukan sahaja dibuat oleh calon-calon sendiri secara individu, tetapi juga ada yang dibuat oleh penyelia dan Institusi Pengajian Tinggi yang menganugerahkan Ijazah mereka. Ertinya, tesis-tesis yang dicalonkan itu diakui mutunya oleh para penyelia dan institusi masing-masing. Pencalonan pada tahun 2010 ini oleh itu adalah cukup kompetitif sekali.

Keempat, penilai bagi setiap pencalonan tesis pada tahun 2010 ini ditambah seorang lagi, dari seorang sahaja pada Anugerah 2009 yang lepas kepada 2 orang pada tahun 2010 ini bagi setiap satu tesis. Mereka terdiri dari para pensyarah dari pelbagai universiti yang pakar dalam bidang masing-masing. Dengan 36 pencalonan tesis pada tahun ini, secara kasarnya jumlah penilai telah bertambah dari hanya 12 orang pada tahun 2009 yang lepas kepada 72 orang pada tahun 2010. 9 orang dari penilai ini ditugaskan menilai dua tesis. Jadi jumlah sebenar para penilai bagi Anugerah 2010 ini adalah 63 orang. Maknanya, bilangan penilai bagi Anugerah pada tahun 2010 ini bertambah lebih 5 kali ganda dari jumlah penilai pada tahun 2009.

Kelima, pencapaian markah pada tahun ini juga jauh lebih baik dari tahun lepas. Dari skala markah 5 yang tertinggi, sejumlah 16 atau 72.7 peratus dari 22 tesis Doktor Falsafah dan 6 atau 42.9 peratus dari 14 tesis Sarjana yang dicalonkan mencapai skala purata lebih dari 4. Ini bermakna bahawa sejumlah 61.1 peratus dari jumlah kesemua tesis Doktor Falsafah dan Sarjana yang dicalonkan ini mencapai tahap Kelas Pertama. Tahap pencapaian tesis-tesis yang dicalonkan ini jelas menggambarkan banyaknya tesis-tesis Ijazah Tinggi berkaitan Islam yang tinggi mutunya. Malah Pemenang Tesis Terbaik Doktor Falsafah pada 2010 ini mendapat hampir markah penuh, iaitu 4.8 dari markah maksima 5.

Keenam, oleh kerana banyaknya jumlah tesis yang bermutu tinggi dalam pencalonan 2010 ini, Jawatankuasa Penilai Anugerah telah memutuskan untuk juga menganugerahkan Hadiah Tesis Cemerlang kepada tesis-tesis bermutu tinggi yang mengatasi markah purata 4.5 bagi Tesis Doktor Falsafah dan 4.00 bagi Tesis Sarjana.

Ketujuh, Anugerah pada tahun ini juga dimeriahkan dengan penerbitan tesis pemenang Anugerah pada tahun 2009 yang lepas dalam bentuk buku. Memang telah menjadi hasrat Jawatankuasa Induk Anugerah agar hasil kerja setiap pemenang Anugerah ini didokumenkan setiap tahun dalam bentuk buku agar ia boleh dimanfaatkan oleh para penyelia dan pelajar Ijazah Tinggi serta boleh pula didapati dengan mudah bukan sahaja di perpustakaan-perpustakaan, tetapi juga di kedai-kedai buku.

Inilah sedikit sebanyak laporan saya tentang penilaian dan perkembangan Anugerah 2010 ini.

Untuk tahun-tahun yang akan datang, Jawatankuasa Induk Anugerah sedang memikirkan untuk menyemarakkan lagi Anugerah ini dengan perkara-perkara berikut:

Pertama, para penilai InsyaAllah, jika boleh, akan cuba diusahakan untuk diberi taklimat khusus agar objektiviti penilaian boleh meningkat dan standardnya menjadi lebih setara. Walau pun Jawatankuasa Induk sudah berpuashati dengan tahap dan etika penilaian yang dilakukan sekarang, namun dari masa ke semasa, kita tetap ingin memperkemaskannya kepada tahap yang paling maksima.

Kedua, Jawatankuasa Induk Anugerah juga berpendapat akan betapa semakin semaraknya Anugerah ini jika dalam proses penilaiannya, terdapat siri talk-show khusus di saluran televesyen yang sesuai untuk memberi peluang kepada calon-calon bercakap tentang tesis masing-masing. Walaupun ini bukanlah salah satu aspek penilaian kerana penilaian sepenuhnya adalah berdasarkan kepada penulisan, namun ia pasti InsyaAllah boleh menyemarakkan semangat ilmiah dalam kalangan rakyat intelektual di Malaysia dan memperkenalkan Anugerah ini dengan lebih luas lagi.

Ketiga, Jawatankuasa Induk Anugerah juga berpendapat akan betapa baiknya jika tesis-tesis yang menang dan yang bermutu tinggi dari pencalonan Anugerah ini diterbitkan dalam bentuk dokumentari untuk disiarkan dalam siri-siri televesyen khusus di dalam dan luarnegara. Oleh kerana tesis-tesis yang dicalonkan adalah tesis-tesis berkaitan Islam dalam pelbagai bidang, maka pasti sekali InsyaAllah terdapat penemuan-penemuan baru yang boleh dimanfaatkan oleh negara khususnya dan umat manusia amnya.

Ketiga-tiga perkara yang sedang Jawatankuasa Induk fikirkan ini tentunya memerlukan nasihat lanjut daripada YAB Tan Sri Dato’ Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai penutup, bagi pihak Jawatankuasa Induk Anugerah, sukacita saya mengumumkan bahawa pencalonon bagi Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bagi tahun 2011 tahun ini telah pun dibuka. Kami sudah bersedia menerima pencalonan dan memohon para hadhirin menyebarkannya kepada mereka yang berminat untuk turut serta. Tarikh tutup pencalonan ialah pada 31 Mei 2011.

Akhirya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kerana mengizinkan ini semua berlaku. Terima kasih tidak terhingga kepada Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Pemangku Naib-Canselor Universiti Sains Malaysia Profesor Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen Puan Nor Zanah Jamari dan stafnya, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk Anugerah, staf Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, para penilai, calon-calon dan semua yang menyumbang sama ada secara langsung atau tidak, kerana sumbangan yang cukup berharga dalam merealisasikan Anugerah ini.

Wassalam, sekian terima kasih.

Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh
ISDEV, Universiti Sains Malaysia
syukri54@gmail.com

Friday, February 25, 2011

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN BEST THESIS AWARD 2010 CONCLUDED

L-R: Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang, myself, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin and wife at the ceremony

















Happy that the Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Best Thesis Award for 2010 is now over. The Award for the year has been concluded by an awarding ceremony held at Prince Hotel and Residence in KL, on 21 February 2011. The Deputy Prime Minister himself was present to deliver the Award.

At the ceremony, Dr Munif Zairuddin Fikri Nordin of Universiti Utara Malaysia was announced as the winner of the PhD Best Thesis Award while Radieah Mohd Nor of Universiti Sains Malaysia as the winner of the Master Best Thesis Award. The former brought home a total of RM15,000 with his PhD thesis entitled Bahasa Kepimpinan Rasulullah SAW: Analisis Wacana Khutbah Ghazawat al-Rasul, submitted to the University of Malaya; while the latter, RM10,000 with her thesis The Principles of Islamic-Based Development in Ibn Khaldun's Mukadimah submitted to the Universiti Sains Malaysia.

Dr Munif Zairuddin Fikri Nordin receives his Award from the Deputy Prime Minister
As the Chairman of the Assessment Panels, I am thankful that the 2010 exercise has sailed smoothly. More happier is the fact that this Award has been able to highlight high qulality theses on Islam. The details of my assessment report on the 2010 exercise, as was presented during the awarding ceremony, will follow suit, InshaAllah.

The winner of the Best PhD Thesis Award
The winner of the Best Master Thesis Award

Thursday, February 24, 2011

RADIEAH WON PRESTIGIOUS AWARD

With Radieah (centre) and husband (right)
Alhamdulillah, another happy urgent news from me.

My Master Mixed Mode 2008 student has won a national prestigious award. Radieah binti Mohd Noor was announced as the winner of the Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Best Master Thesis Award for 2010 at an awarding ceremony held at Prince Hotel & Residence in Kuala Lumpur on 21 February 2011. The Award was handed to Radieah by the Deputy Prime Minister YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin himself .

Radieah delivering her speech at the Award ceremony
The assessment was based on her thesis entitled The Principles of Islamic-Based Development in Ibn Khaldun's Mukadimah, which she submitted to ISDEV as a partial fulfillment of her Master degree. She brought home prizes amounting to RM10,000.00, together with a Certificate.
Radieah interviewed by media
Apart from Radieah, another Master Mixed-Mode student of ISDEV, Zaleha binti Embong, has also won an Excellent Master Thesis Prize 2010 at the same ceremony. Her thesis was on the analysis of Nik Abdul Aziz's Thought on Spiritual Development.

Congratulation Radieah and Zaleha.
Zaleha Embong (2nd left) at the Awarding ceremony

Friday, February 18, 2011

URGENT HAPPY NEWS

Muhammad Tahir (sitting 2nd left) with his Board of Examiners
Before embarking on the photographic records of my activities since my time at USIM in November-December 2010, here is an urgent happy news I need to record.

Muhammad Tahir, another PhD student of mine, like his predecessor Dr Ahmad Azrin Adnan, has also passed his PhD with flying colours. His Board of Examiners at a viva voce held on 10th February 2011 has unanimously agreed to nominate him for USM's Best Thesis Award (Persada Kencana Award). The title of his thesis is The Methods and Practice of Tazkiyyah An-Nafs in Islamic-Based Development: A Case Study of Koperasi Pesanteren (KOPENTREN) Darul Tauhiid, Bandung, Indodnesia.

Alhamduilllah and congratulation Muhammad Tahir.

ISDEV brothers wishing good luck to Muhammad Tahir after a special solatul-hajat held shortly before his viva
ISDEV brothers and sisters offering thankful prayer immediately after knowing the excellent success of Muhammad Tahir
Thankful feast hosted by ISDEV at the end of the occasion

Sunday, February 13, 2011

TIGHT SCHEDULES

Tight schedules overwhelmed me since reporting for duty at USIM, and subsequently after that, till now. Writing about the previous schedules is impossible, but this could perhaps be replaced by photos. This is what I intend to do in subsequent postings, God willing.