Wednesday, July 28, 2010

KUNJUNGAN REKTOR IAIN AR-RANIRI ACEH KE ISDEV

Prof Dr Farid Wajdi, Rektor IAIN Ar-Raniri, Aceh (4 dari kiri) bersama rombongan

Sejak kebelakangan ini, ISDEV sering dikunjungi pelawat. Paling akhir pada Isnin 26 Julai 2010 baru-baru ini, ISDEV dikunjungi Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniri Aceh dengan 8 orang rombongannya, terdiri dari Timbalan Rektor Akademik dan Dekan beberapa fakulti.

Perbincangan tidak berasaskan kepada power point, walaupun ada disediakan power point tentang ISDEV. Sebaliknya ia berasaskan kepada nota yang saya sediakan, yang merangkumi apa yang ada dalam power point tersebut. Cara begitu nampaknya lebih hidup (lively), mesra, dan wujud kasih sayang.

Nota saya itu adalah seperti berikut:

KUNJUNGAN REKTOR IAIAN AR-RANIRI ACEH
26 JULAI 2010, 2.30 PETANG, ISDEV

1. Selamat datang ke ISDEV
2. Ada 4 pelajar Aceh di ISDEV: 1 IAIN, 2 UNSYIAH, 1 Bebas
3. Satf ISDEV pun sering ke Aceh: persidangan dan penyelidikan
4. Aktiviti ISDEV macam biasa:
    - Pengajaran [MISDEV & Research Graduates]
    - Penyelidikan [dalam & luarnegara]
    - Penulisan [buku, bab, jurnal, media popular]
    - Persidangan [3 antarabangsa setiap tahun, in-house seminar, wacana siswazah]
    - Jaringan [dalam & luarnegara]
5. Yang berbeza: matlamat, falsafah, dan kaedah:
     - Matlamat: Mardhatillah, memuliakan Islam, menaikkan imej cendekiawan Islam,
       melahirkan pengajar dan pelajar yang Quranik, ensaiklopedik, dan Ijtihadik
       ISDEV sebenarnya institusi perjuangan, bukan institusi akademik semata-mata
     - Falsafah: Matlamat tidak mungkin tercapai kecuali dengan bantuan Allah swt, Iman
       dan taqwa serta mengamalkan apa yang boleh membawa bantuan tersebut
     - Kaedah:
       (i) Habluminallah: Mengadakan sebab mendapat bantuan Allah swt: berpuasa Isnin
           Khamis, sujud syukur, Asmaul-Husna, Fatihah, Wal-`Asr, solat berjemaah,
           meningkatkan mahmudah dan menghapuskan mazmuumah, berukhwah;
       (ii) Diri Sendiri: Memperkemaskan prestasi: dedikated dan komited, menjaga waktu,
            menghormati guru dan ilmu, kecekapan dan ketepatan berkomunikasi, integrasi
            teori dan amal
      (iii) Institusi: Menentukan kerangka sebenar [Islam atau konvensional?], menentukan
            acuan sebenar [epistemologi dan tasawwur Islam – eg kemiskinan, keadilan, etc],
            menentukan kaedah penyelidikan berteraskan Islam, penyelidikan aplikatif [liefestyle & transformasi],
            strategi tepat: tanpa peniruan, tanpa penanda-arasan, tanpa kompetisi

 Gambar atas: antara hadhirin. Bawah: Penerbitan ISDEV untuk IAIN Ar-Raniri

No comments: