Sunday, May 30, 2010

BERAMAL & BERJUANG MENGIKUT KEMAMPUAN

Semalam, 28 Mei 2010, ketika menghadhiri usrah Persatuan Malaysia Jeddah di IDB Compound, seorang hadhirin bertanya kepada Ketua Usrah: "Dalam usrah ini, kita banyak meluahkan pandangan dan perasaan kita terhadap masalah orang Islam, tetapi pandangan dan perasaan saja tidak cukup. Kita patut ada action plan. Tetapi untuk lakukan itu, siapa yang boleh kita angkat sebagai ketua? Dalam dunia Islam, mana ketuanya yang boleh kita harap? Dalam OIC, siapa ketua yang boleh kita ikut?"
 
Ketua Usrah dengan sabar menerangkan: "Kita cuba sedar tentang masalah orang Islam. Kita ada action plan. Dalam usrah ini tadi misalnya, telah kita rancang untuk perbaiki wakaf (tempat yang patut berhenti) bacaan al-Mathurat yang kita baca ramai-ramai tadi. Kita juga telah rancang untuk menghafal dan mengamalkan doa-doa, dari doa makan hinggalah doa masuk tandas, doa naik kenderaan, doa tidur, doa memakai pakaian dan sebagainya. Kita juga rancang nak mengadakan qia-mulail sekurang-kurangnya sekali sebelum Ramadhan ini. Sebelum ini kita juga telah sama-sama adakan tabung untuk bantu pelajar-pelajar (orang-orang Melayu Mekah) belajar di universiti-universiti. Itulah action plan dan action kita".
 
Bagi sesetengah orang, jawapan sebegitu tentulah tidak memuaskan., malah merupakan anti-climax kepada soalan tadi. Yang bertanya itu mempunyai agenda besar. Beliau mahu melakukan sesuatu di peringkat ummah, di peringkat dunia, bukan setakat di peringat kumpulan dan kampongan. Sedangkan jawapan yang diterimanya hanyalah tertumpu kepada perkara-perkara asas: membetulkan bacaan, mengamalkan doa, melakukan ibadah asas, dan melaksanakan kebajikan. Ini semua pada sebahagian orang tentulah amat remeh sekali berbanding dengan isu-isu penderitaan umat Islam di seluruh dunia: kemiskinan, penindasan, keganasan, dan sebagainya.
 
Apa sikap kita warga ISDEV dalam keadaan sedemikian?
 
Pada saya, perisitiwa yang sebegini tidak mengejutkan. Saya masih ingat, ketika Sabah jatuh ke tangan PBS pimpinan Joseph Pairin yang dikatakan pro-Kristian, saya mengikuti dialog guru saya dengan sebahagian umat Islam di sana yang mahu mengambil kembali kuasa politik dari PBS. Mereka menceritakan pelbagai perkara yang membimbangkan dan mula meminta pandangan bagaimana mengatur strategi untuk kembali mendapat kuasa politik. Guru saya dengan lembut bertanya mereka:
 
"Jika tuan-tuan banyak bersembahyang sunat, apakah Pairin marah?". Mereka menjawab, tidak. "Jika tuan-tuan banyak berpuasa sunat, apakah Pairin marah?". Mereka menjawab, tidak. "Jika tuan-tuan banyak membaca al-Qur`an, apakah Pairin marah?". Mereka menjawab, tidak. "Jika tuan-tuan makan makanan yang halal, apakah Pairin marah?". Mereka menjawab, tidak.
 
Guru saya menyambung lagi: "Kalau begitu, apakah tuan-tuan mengamalkan apa-apa yang Pairin tidak marah ini?". Mereka menjawab, juga tidak.
 
Mengingatkan peristiwa di Sabah ini, saya teringat akan cerita Khalifah Sayyidina Umar Ibn Khattab yang mengarahkan tenteranya bersugi sebelum bersolat, dan merapat serta meluruskan saf solat, padahal ketika itu para tentera itu sedang cemas berperang dengan musuh tetapi tidak menang-menang. Kenapa Sayyidina Umar hanya menyuruh perkara yang remeh-remeh seperti bersugi dan memperkemaskan saf solat, sedangkan pada logik aqal tentulah lebih munasabah beliau mengarahkan agar memperbaiki strategi dan kedudukan perang, meneliti keberkesanan peralatan-peralatan yang dipakai dan sebagainya.
 
Jawapannya ada pada pertanyaan guru saya kepada orang-orang Islam di Sabah itu. Kenapa kita mahu fikirkan perkara yang besar-besar sedangkan yang kecil-kecil dan mudah-mudah yang masih boleh dijadikan senjata yang cukup berkesan tidak kita gunakan? Hadith Qudsi jelas menerangkan bahawa cintanya Allah swt kepada seseorang itu bukanlah kerana orang itu melakukan perkara yang diwajibkan ke atasnya. Itu sememangnya tanggungjawab dan perintah yang mesti dilaksanakan. Tetapi cintanya Allah swt kepada seseorang itu adalah kerana perkara-perkara sunat yang dilakukannya, kerana itu adalah amalan tambahan dan dilakukan atas dasar sukarela, atas dasar kasihnya seseorang itu kepada Allah s.w.t. Atas sebab demikian, walaupun bagi sesetengah orang perkara-perkara tadi dipandang remeh, tetapi bagi orang yang mengetahui rahsia tersirat, itu semua adalah sebab yang cukup dinamik untuk mendapat bantuan dan kemudahan dalam apa jua yang kita lakukan.
 
Itulah sebabnya di ISDEV kita cukup tekankan kepada amalan-amalan sunat (tambahan) ini. Kita cuba berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis, Kita berasmaul husna sebelum memulakan majlis. Kita membaca Fatihah pada permulaan majlis dan mengakhirinya dengan membaca surah wal-'Asr. Kita bersembahyang dan makan berjemaah. Dan pada masa terdekat ini boleh kita tambahkan dengan pelbagai lagi amalan-amalan yang boleh membuat Allah swt cintakan kita dan oleh itu akan sentiasa memberi bantuan atas apa jua yang kita usahakan dan melindungi kita dari segala musibah. Umpamanya, kita boleh cuba melakukan sujud syukur sebanyak mungkin. Kita boleh cuba memakai pakaian dengan warna yang digemari oleh Rasulullah s.a.w.
 
Oleh itu, semua warga ISDEV kena hindarkan dari berfikir seperti peserta usrah di Jeddah yang bertanya itu. Kalau tidak, saya bimbang kita akan terperangkap dengan tiga kesilapan besar.
 
Pertama, kita nampak kesalahan orang lain, tetapi tidak bermuhasabah dengan diri kita sendiri. Kita nanti akan sering nampak kesalahan musuh apabila gagal melakukan sesuatu, tetapi tidak nampak kesalahan diri sendiri. Kita akan sentiasa menyalahkan musuh tetapi tidak menyalahkan diri sendiri. Malanglah kita jika kita bersikap demikian kerana Imam al-Ghazali menjelaskan, antara tanda orang yang tidak mendapat hidayah daripada Allah swt adalah orang yang tidak nampak akan keaiban dirinya. Bagaimana ISDEV boleh maju ke hadapan jika kita semua tidak mendapat hidayah daripada Allah swt?
 
Kedua, kita mahu sesuatu dilakukan untuk kebaikan Islam dan umatnya, tetapi yang mesti melakukannya ialah orang lain, bukan kita sendiri. Dalam keadaan demikian, kita akan sentiasa marah apabila orang lain tidak melakukan sesuatu yang kita fikirkan baik untuk Islam, tetapi kita sendiri tidak marah kepada diri sendiri kerana tidak melakukannya. Kita rasa kita mahu berjuang, tetapi pada hakikatnya kita sebenarnya mengharap dan oleh itu mendesak orang lain yang melaksanakan perjuangan itu, bukan kita. Malanglah kita kalau begitu, kerana itu tertipu (ghurur) dalam perjuangan namanya, sebagaimana telah dihuraikan oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumiddin.
 
Ketiga, kita berhasrat mahu melakukan sesuatu untuk Islam, tetapi kita lupa bahawa yang hendak kita lakukan itu adalah cukup besar dan jauh di luar kemampuan kita. Oleh itu, yang tinggal hanyalah cita-cita. Kalau pun kita cuba lakukan juga, maka kita akan berdepan dengan segala susah payah dan kegagalan, dan mungkin juga kekecewaan dan putus asa, walaupun Allah swt marah kepada orang yang berputus asa. Dengan lain perkataan, kail kita sejengkal tetapi lautan hendak kita jangkau. Sampai bila pun, pada hukum adatnya, kita tidak akan berjaya mencapai cita-cita kita, walaupun cita-cita kita adalah baik. Kita sepatutnya fikir perkara yang mampu kita lakukan dahulu, walaupun hanya sebesar zarah, agar dengan itu, sikit demi sedikit Allah swt akan kurniakan kemampuan yang lebih besar untuk melaksanakan perkara yang lebih besar, InsyaAllah.
 
Mari kita doakan muga-muga kita warga ISDEV tidak terperangkap dengan tiga kesilapan ini, InsyaAllah.

Thursday, May 27, 2010

AKIF JOINS IIUM

Congratulatory and  Welcoming Banner at PJ IIUM campus

After considering three offers - from International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), and Matriculation in Kulim - Akif eventually chooses to join IIUM, to pursue his study in Physical Sciences. He wishes he could be an engineer later on, InshaAllah.

Definitely we are happy with and thankful to God for his successful endeavour. But we really sympathise with him for our inability to be with him during the registration day at IIUM (Petaling Jaya campus) on the 15th May 2010. Both me and his mother were away in Jeddah.

 Akif during the registration
 
 Auntie Nor Liza, while Akif talking to his friends on the background

Fortunately his Auntie Nor Liza, elder sister Afirah and my colleague Dr Fadzila Azni Ahmad were able to accompany him from Penang and managed all his necessities before, during and after the registration.

This is the first time that I and my wife were not able to send off our children whenever they move to a new educational institution. However, I know that Akif is both physically and spiritually strong. He is a tae-kwan-do black belt holder and was blessed by Allah s.w.t with an opportunity to perform umrah for seven times during his one and a half month stay with us in Jeddah. I am convinced that Akif has been able to face our absence easily, InshaAllah.

Akif wrote in his blog [http://akifisakif.blogspot.com]: "IPT: It ain`t just about study. It's about life".

 Another banner

Monday, May 24, 2010

A THING THAT A REAL TEACHER IS MOST HAPPY WITH

Br. Azrin and Dr Fadzila Azni (middle) listening to questions
from the participants of the IRTI Staff Seminar

To a teacher, one of the most happiest thing in his life is to see how his students excel with success in their endeavours. So am I when I saw how Dr Fadzila Azni Ahmad and Br. Ahmad Azrin Adnan performed confidently with intellectual vigorousity in their presentation at IRTI Staff Seminar at the Islamic Research and Training Institute (IRTI) of the Islamic Development Bank in Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia on 12 May the other day. Both of them presented the papers well and concise, and answered questions professionally with full of confidence and coolness.

Dr Fadzila Azni Ahmad presented a paper on Fundamentals of Islamic Management Methods, while Br. Ahmad Azrin Adnan on Theoretical Framework of Islamic Consumer Behaviour: Its State and Justifications. The seminar was chaired by IRTI Director General Professor Dr Bambang P. Brodjonegoro himself, and attended by the prominent Islamic economist and IRTI Research Advisor Dr Muhammad Umer Chapra, IRTI Manager of the Training Division and Acting Manager of the Research Division Dr Osman Babikir, and other distinguished IRTI scholars and professionals.

The performance of both Dr Fadzila Azni and Br. Azrin at the seminar reminds me that knowledge and mind of most of great Muslim scholars were unceasedly flow to later generations and persistently sustained till our times because of the dissemination done by their brilliant students. I am hopeful, and indeed confident that in ISDEV, there are many more Dr Fadzila Azni Ahmad and Br. Ahmad Azrin Adnan, now and to come, from Malaysia and outside Malaysia, to continously develop and expand the mind of ISDEV to all corners of the world, InshaAllah.

A teacher who is jealous of the accomplishment of his students therefore is not a real teacher, for he is actually killing the development and dissemination of his own knowledge and mind, let alone if he is competing with his students for being afraid of being overtaken by them. This would not happen in ISDEV, InshaAllah. I always told Br. Ahmad Azrin Adnan that he should be more than me, everytime when he said he wants to be like me.

Monday, May 17, 2010

SIFAT WARGA ISDEV - BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH SWT

Dr Sukainah dan sdr Azrin Alhamdulillah selamat membentangkan kertas masing-masing tentang Fundamentals of Islamic Management Methods dan Theoretical Framework of Islamic Consumer Behaviour pada 12 Mei 2010 di IRTI Staff Seminar, di Islamic Research and Training Institute (IRTI) di Islamic Development Bank di Jeddah, Saudi Arabia sebelum pulang ke Malaysia pada 15 Mei 2010 baru-baru ini. Seperti biasa, sebelum itu, kedua-duanya ada rasa sedikit nervous kerana merasakan cendekiawan yang akan hadhir adalah orang yang berpengalaman dan tinggi ilmunya, sedang kita yang hendak bentang tidak mempunyai kemampuan sebegitu rupa.

Rasa yang sedemikian itu sememangnya fitrah manusia dan berlaku kepada ramai. Tetapi harus hati-hati menempuhnya kerana jika tersilap, kita boleh saja tergelincir dari landasan hingga tidak menghargai kebolehan kita yang Allah kurniakan. Kalau itu berlaku, kita jatuh ke dalam sifat berburuk sangka dengan Allah swt dan tergolong ke dalam golongan yang tidak mensyukuri kurniaan Allah swt. Perkiraannya adalah cukup halus sekali.

Jadi, dalam menghadapi suasana yang sedemikian rupa, kena hati-hati mengimbangkan antara fitrah kita yang mungkin sedikit takut dan tidak yakin dengan kebolehan kita, dengan menghargai dan mensyukuri apa jua kebolehan dan peluang yang Allah swt kurniakan. Gunakanlah kurniaan Allah swt itu semaksimanya kerana Allah swt semata-mata. InsyaAllah kita akan tenang dan yakin menghadapinya, seperti Dr Sukainah dan sdr Azrin lalui dalam pembentangan di IRTI hari itu dengan jayanya, Alhamdulillah.

Mungkin ada orang berkata, kalau kita sudah yakin, kita pada hukum adatnya selalu terlupa mengharapkan dan memohon bantuan Allah swt lagi. Kita biasanya hanya akan mengharap dan memohon bantuan Allah swt dalam keadaan kia tidak yakin. Kita akan mohon dengan Allah dan oleh itu kita bentang dalam keadaan penuh tawadhok dan bergantung sepenuhnya kepada Allah swt.

Jawapannya, ya, memang secara logiknya itu adalah benar.

Tetapi mana lebih bagus, bergantung dengan Allah dalam keadaan kita tidak yakin dengan kebolehan diri kita, atau bergantung dengan Allah swt walaupun ketika kita yakin dengan kebolehan kita dan menghargai serta mensyukuri kurniaan Allah swt.

Jawapannya tentulah yang kedua lebih bagus. Mengharapkan bantuan Allah dan menaruh pergantungan kepada Allah swt ketika susah adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ramai manusia. Ia lebih mudah dari mengharapkan bantuan dan menaruh pergantungan kepada Allah swt ketika kita senang. Memang fitrah manusia, apabila susah dan menghadapi masalah, kita teringat kepada Allah swt. Itu biasa.

Tetapi cukup susah mencari manusia, yang walaupun dalam keadaan senang dan tidak menghadapi apa-apa masalah, tetapi tetap masih mengharapkan bantuan dan menaruhkan pergantungan kepada Allah swt. Jadi nilai pengharapan bantuan dan pergantungan kepada Allah swt golongan yang kedua ini tentulah jauh lebih tinggi dari nilai pengharapan bantuan dan pergantungan kepada Allah swt golongan yang pertama tadi.

Warga ISDEV oleh itu harapnya, apabila diberikan tugas dan tanggungjawab, jangan berburuk sangka dengan kebolehan sendiri tambah-tambah lagi berburuk sangka dengan apa yang telah Allah swt kurniakan. Cubalah seboleh mungkin memenuhinya dengan berbaik sangka dan menghargai kebolehan dan kurniaan Allah swt serta meletakkan pengharapan dan pergantungan kepada Allah swt sepenuhnya, walaupun dalam keadaan kita penuh yakin bahawa kita boleh melalukannya. Saya yakin, jika ini menjadi sifat semua warga ISDEV, kita InsyaAllah akan terus maju mara ke hadapan.

ME IN THE CYBER WORLD?

Surprised tonight to come across a number of writings related to me in the internet. How exposed you are in this cyber age and how easy one could trace you within the cyber world! With a click of a button, it accumulates all that are related to you that are available in the internet.

Some of them are as follows:

http://www.umsu.ac.id/index-berita/136-prof-m-syukri-salleh-profesor-tamu-di-umsu-.html

http://www.ipb.ac.id/?b=537

http://sallehabdullah.blogspot.com/2010/03/prof-dr-syukri-berlepas-ke-idb-jeddah.html

http://www.jawhar.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=445%3Alawatan-dari-pusat-kajian-pengurusan-pembangunan-islam-isdev-usm&catid=39%3Aberita-jabatan&Itemid=62&lang=ms

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4380

http://masterorg.wu.ac.th/file/iro-20091223-VoT8D.pdf

http://www.fppp.udm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=109%3Asyarahan-akademik-1&catid=38%3Anews&lang=ms

http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/FG09Ae04.html

http://www.insight-info.com/articles/Item.aspx?i=259

http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/?p=427

http://hariansib.com/?p=22298

http://www.oocities.com/esureco/

http://www.syahrulnizam.com/2009/12/bahan-ilmiah-patut-diterbitkan.html

http://www.ekonomisyariah.net/index.php?page=Berita:ViewDetailPage&id=144&pp=Front:IndexPage

http://rozmal.blogspot.com/2007/10/formula-menangani-kemiskinan-di-rembau.html

http://pibgsdar.net/web/modules/wordpress/?p=330

http://cindien.multiply.com/journal/item/45/Prof._Sukri_Kritik_Metode_Penelitian_Konvensional

http://grelovejogja.wordpress.com/2007/06/18/acuan-pembangunan-berteraskan-islam/

One with a thoughtful mind should have made him more careful in writings and doings. How good if this could entail with a consciousness of our vertical relationship with God, that we are actually exposed to the mighty knowledge of God in whatever we do, and even think, feel and intent.

Sunday, May 02, 2010

DR SUKAINAH & BR. AZRIN NOW AT IRTI-IDB, JEDDAH

At Masjidil Haram, Mekah
I am delighted that two ISDEV members have been accepted as Visiting Researchers at Islamic Research and Training Institute (IRTI) of the Islamic Development Bank (IDB) here in Jeddah. They are ISDEV Deputy Director Dr Fadzila Azni Ahmad (a.k.a Dr Sukainah) and Associate Researcher Br. Ahmad Azrin Adnan. They arrived in Jeddah safely on Wednesday 28 April 2010 and went to Mekah the next day for their first umrah. They reported for duty at IRTI yesterday, Saturday 1 May 2010 and will InshaAllah be here for about two weeks, until 15 May 2010.

Dr Sukainah & Br. Azrin reported for duty to IRTI Director
General Prof. Dr Bambang P.S. Brodjonegoro

Dr Sukainah is working on Philosophical Underpinnings of Islamic Management Method: Worldview, Epistemology and Ontology, while Br. Azrin is on Islamic Consumer Behaviour: The Need For and Position of Its Theoretical Framework. While here, they will concentrate on three activities. Firstly, they will undertake library research at the IDB library. Secondly, they will hold discourses with IRTI scholars, especially with the prominent Islamic economists Dr Umer Chapra and Dr Salman Syed Ali. And thirdly, they will present their research papers at IRTI Internal Seminar on Wednesday 12 May 2010.
  
Introductory meeting with Dr Umer Chapra

I pray that all other ISDEV members too will be given opportunities by Allah swt to be at prominent international institutions such as IRTI-IDB all over the world, InshaAllah.